Sunday, July 27, 2008

DITUJUKAN KEPADA ...


Bila kita menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka.Kita boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya, tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kita memohon maaf dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada...Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal..LUKA BOLEH SEMBUH TAPI PARUT TAKKAN HILANG...Sahabat adalah permata yang sukar dicari..Mereka membuatkan kamu ketawa dan menghalakan kita arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan parut di dinding hati anda".
MUNGKIN EMPUNYA DIRI ADA MELIHAT BLOG INI TANPA PENGETAHUAN SAYA..SAYA PERNAH TERFIKIR NAK CAKAP DEPAN2 "SAYA MINTA MAAF KALAU SAYA ADA SILAP SELAMA INI,SAYA TAK SUKA BERMUSUH.." TAPI BILA NAMPAK EMPUNYA DIRI DEPAN MATA TERUS HILANG NIAT,KELU LIDAH! MANUSIA CEPATNYA BERUBAH..EMM...

6 comments:

Marian Awor said...

Kepada ADINDA,
Kak N minta maaf ya...kalau tersasul, tercabul atau terkasar bahasa semasa kita bersama pada kursus lepas. Memang benar, jika pun kalau kita dah minta maaf tapi luka tetap ada.

Ati,
Dulu pun Kak N begitu cepat terasa, malah terlalu sensitif fengan situasi atau suasana 'neraka mengumpat' di tempat kerja. Malah, Kak N sering difitnah, dihina, diherdik & disindir di depan mata Kak N sendiri. Kak N cuma mampu mendiamkan diri, walau sesakit mana pun hati Kak N, diam membisu merupakan ubat penawar dan penyembuh yang mampu Kak N buat.

Ti, kalau difikir-fikirkan sangat, siapa manusia yang tidak pernah membuat kesilapan. Kita cuba berbuat baik, orang salah-anggap. Kita cuma tersenyum, orang kata kita ni hegeh-hegeh nak menggoda dia. Nak beri nasihat, apalagi!!!!

Adinda masih muda, dan mungkin pengalaman berkawan, persahabatan, dan kehidupan terlebih sikit daripada adinda. Yang kureng, kak N 'hampeh'!! takde pengalaman 'cerita rumahtangga' sebab belum kahwin!!!!

Kadang-kadang, keadaan memaksa orang itu begitu, lebih-lebih 'terlanjur cakap' atau memang orang yang 'outspoken atau mulut celupar'. Takpe, kalau KAK N ada buat camtu, Kak N tak marah u. Jauh dilubuk hati dan jiwa Kak N, tak pernah ambik hati, jika orang yang dimaksudkan tu adalah Kak N ye!!! Tak!!!! Anytime, Anywhere, pintu rumah Kak N sentiasa terbuka untukmu ADINDA!!!!

Apa pun, hanya dengan 11 ayat sahaja yang mampu Kak N katakan bagi meredakan kesakitan, kelukaan dan kemarahan dalam hatimu adinda, 'MAAFKAN KAK N'.

Dari jauh, kukirim salam rindu dan sayang buatmu, Adinda ATI HASMILA!!!!

NIzATIe said...

Kak N..,

Haiyo! Bukan Kak N lah yg saya maksudkan..orang lain.

Dah dapat belum jejaka Omputeh utk saya? makesure more handsome than your Duncan!

KUSINAR said...

Kau mesti sayang giler kat kawan kau tu kan? Bertuahnya dia disayangi oleh kawan mcm kau. Tapi dia la yang rugi, tak hargai kasih sayang persahabatan yang kau bagi. Tak paham betul!
Aku rasa aku mcm tau je kisah ko nih...
kalau aku mcm kau, aku pun tak mampu nak luah perkataan 'MAAF' tu. Malu oooo. Alah, biar je keadaan yg menentukan...
harap2 satu hari nanti dia sedar mana intan mana kaca

Juriyati Mat Jalil said...

Berulang kali Kak Ju membaca coretan blog ko yang ini. Tak tahulah, mungkin sesuatu yang begitu tragis masih tersembunyi dan ko simpan di lubuk hati ko yang paling dalam sekali. Masih terbit darah pada parut yang tercalar agaknya.
Emm. Apapun Ati, kita kembalilah kepada keikhlasan dan kejujuran kita di dalam bersahabat. Mungkin ada yang kita terkilan dengan perbuatan sahabat yang begitu melukakan hati kita yang sungguh-sungguh ko menatang dia seperti minyak yang penuh dan menjaga hatinya lebih daripada kita menjaga hati kita. Jangan kita jadikan kelukaan yang parah itu diselang selikan dengan perasaan kecewa atau terkilan yang teramat sangat kerana takut ia akan sebati dengan dendam. Redhakan dengan segala yang berlaku, anggaplah segala perbuatan baik ko selama ini terhadapnya sebagai satu sedekah yang berpanjangan pahalanya. Kebaikan yang kita buat tidak semuanya pandai dinilai orang sebagai permata yang terlalu berharga. Segelintirnya cuma menilai seperti tembaga yang bersadurkan emas dan tak diduganya berkilau cuma seketika. Sahabatmu itu, akan tersentap sedarnya nanti, di atas perbuatan lalu yang begitu melukakan hati ko. Oleh itu Ati, teruslah jadi seorang insan yang dijadikan di kalangan teman-teman sebagai sahabat yang begitu mulia. Perasaan kita kadang-kadang berubah-ubah bila terlalu mengingatkan kisah luka, tetapi naluri tetap sama sebagai insan yang hatinya mulia. Sebenarnya, tahap untuk mencapai seorang yang mulia di mata orang terlalu banyak langkauan langkahnya. Ada ketika langkauannya berdepan dengan onak duri, jerlus, api dalam serkam dan badai taufan. Oleh itu, berpeganglah kepada iman yang satu, antara insan yang begitu mulia di sisi Allah swt. Mudah-mudahan ko terpilih menjadi sahabat yang terbaik di antara yang terbaik.

NIzATIe said...

TO JUM N KAK JU...

ADUHHH!!BISA MENIKAM JANTUNG BILA BACA KOMEN KORANG SEMUA NI..TQ ATAS KEPRIHATINAN ANDA SEMUA..JASA MU DIKENANG.

Unknown said...

alaaa Kasssiiimmmmm!!!

heheee....

sory....rusak mood.

i dunno whether direct or indirect of how do u feel on this tragic friendship, i also want to appologise for what i've said or any my wrong doing that may insult u 'til this way.

i am not perfect & really admit that....cuma sekadar "makhluk tuhan paling seksi" ahaksss....penangan lagu Jameelia....best kan....

eh...errmm...Ati u r my gud fren....knowing u since our internship til now....u'r really decent to everybody....

but again i want to say sorry for everything k....kuat kan hati bak kata juara af6....

difikir-fikir mengapa harus takut
sedang asalnya ku yang berkuasa
biarpun aku stacy bukannya permaisuri
harga diriku tinggi

remember that....even it's only a song....