Wednesday, July 16, 2008

DEBAT MINYAK


BILA BUKU BERTEMU RUAS!



Komen inilah yang patut diberikan bila menonton debat terbuka antara Menteri Penerangan Dato'Ahmad Shabery Cheek dgn penasihat PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim..Tahniah untuk Dato'Shabery yang BIJAK mengawal pemidato yang petah macam DSAI..malah hujah - hujah yang diberikan juga padat dan tepat serta lengkap dengan fakta..aku percaya penonton boleh faham termasuk aku bila banyak info berkaitan minyak dan harga yg naik didebatkan..aku baru tahu rupanya DSAI pernah menentang penubuhan PETRONAS masa dia jadi pemimpin persatuan di Universiti dulu! Bahkan bila jadi TPM dulu, banyak perkara yg dibuatnya sampai inflasi terlampau..emm..kena nilai dan fikir apa tindakan kerajaan untuk rakyat adalah untuk kepentingan bersama..kembali soal format debat dan suasana debat..baguslah, semua ikut peraturan dan berlangsung dengan baik..format terbuka mcm ni menarik dan tidak menjemukan..tahniah juga untuk pengerusi debat Dato'Johan Jaafar yang pandai mengatur tugasnya..cuma sedikit pandangan peribadi,wakil Dato'Shabery, Tan Sri Nordin Kardi kurang membantu perdebatan bila soalan yg sepatutnya diberi bertukar ulasan yg berbelit sikitlah..kurang faham apa yg dimaksudkannya,mungkin aku yg silap entahlah..apa - apa pun penganjur AgendaDaily telah buat satu program bijak..last but not least DATO'AHMAD SHABERY memang CAYALAH! MOI memang perlukan menteri macam ini...huhuhu.

2 comments:

Juriyati Mat Jalil said...

Wah...wah...mentang2lah bos dia...semcam jerk!!
Apa pun dalam perdebatan semalam memang dipuji, satu langkah yang bijak. Bagaimanapun, bila orang muda dengan orang lebih berusia berdebat nampak juga ketara sikit terutama dari segi mengawal emosi. Iye tak! Mungkin saudari Ati faham bebeno lah tu yerk.
Yang penting sifat keberanian dan keyakinan. Sanggup menerima cabaran dan memberi cabaran. Tapi, ramaikah menteri lain seberani Dato' Shabery Cheek tu???
Memang diakui, semacam ajer Tan Sri Nordin Kardi, mengapa yer? Tergamam ker? Langsung tak menyumbang membawa perdebatan yang lebih hangat.
Agak menggeleng kepala juga bila mendengar soalan yang tak serupa soalan tu...Emmm...
Syabas dan Tahniah kepada pihak penganjur AgendaDaily dan lebih teruja lagi dengan keberanian Dato' Shabery Cheek.

SHAHRIL said...

DEBAT SUDAH PUN SELESAI... TAPI APA PENYUDAHNYA UNTUK RAKYAT? RENUNG-RENUNGKAN DI MANA XKENANYA & MENGAPA???