Saturday, July 5, 2008

CERITA POLITIK KEDAI KOPI

gambar dipetik dari Malaysiakini

Kali ini entry politikus plak..seperti yang diketahui banyak isu hangat minggu ini termasuk kes MAIN BELAKANG DSAI dan isu kononnya TPM terbabit kes Altantuya Shaaribu( betul ke ejaan ni?) ..susahnya bagi golongan murba seperti aku nak percaya yg mana benar yang mana salah..tapi tetiba tercetus perasaan yang TPM ni dah kena TIKAM DARI BELAKANG oleh orang 2 yang dikenalinya..mungkin sengaja melaga - lagakan DSAI dengan TPM..entahlah susah gak nak cakap..tapi selama menjadi journalist RTM ni secara peribadi, aku melihat TPM ni ikhlas dalam perbuatannya, tidak mudah melatah dan sentiasa berfikir sebelum berkata - kata termasuk dalam menjawab soalan press masa sidang media..hari ini pun aku cover Majlis beliau bersama Ahli UMNO Bahagian Pekan kat Kompleks UMNO Pekan yang serba baru dan canggih..berikut antara petikan ucapannya yang menarik tapi penuh makna..

"...saya tak gentar, saya tak takut dengan fitnah dan dugaan yang dilempar kepada saya..saya yakin kebenaran akan muncul sedikit masa lagi..Yang Hak akan mengatasi Yang Batil, saya yakin..."

"..biarlah ALLAH yg tentukan dan tunjukkan kebenarannya..biar ALLAH yang membalasnya di akhirat..silap - silap di dunia ini lagi ALLAH akan beri balasan kepada mereka yg memfitnah saya.."

"...ramai yang sibuk mahu mendapatkan jawatan dalam parti dan kerajaan termasuk yang terliur dengan jawatan saya Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat setelah mendapat jawatan yg diamanahkan sehingga tanggungjawab kepada rakyat terabai.."

Bersabar jelah Dato' Sri..kuasa ALLAH maha hebat daripada segala galanya..tunggu dan lihat jelah..


1 comment:

KUSINAR said...

story yg kau hantar pasal statement najib tu aku buah headline utk berita nasional kul 9 mlm. nak tau apa komen pendengar?

"amboi, beriya-iya menegakkan yg batil nampak?" tak takut tuhan ke?"

komen aku, "no komen"

komen kau? dah tentunya kau sokong dia. duk bawah ketiak , wakakaka

officemate aku ckp :

"allowww kawan, lu tak kenal itu najib ke? dia ngan anwar tu dua kali lima je. ko jadi wartawan baru berapa tahun? aku ni dah bertapai kat rtm, perangai politician ni sama jek.

oldtimer mcmkitaorg, sapa tak kenal si najib tu? hello, org masih tak lupa tau, mcm mana skandal dia ngan si rosmah jendul tu dulu. itu 'telus dan luhur' ke?

mana hak, mana batil skrg? ko ckp ngan aku, aku belum lagi bukak kisah dia yg lain2. depan org kg dia, (pekan) tunjuk baik lah.

org pekan, sokong dia sbb mengenangkan jasa ayah dia je. Tun Razak, ngan datuk dia Datuk Hussin. "

aku? diamlah. nak kata apa lagi....

wallahualam bisawab