Sunday, July 27, 2008

DITUJUKAN KEPADA ...


Bila kita menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka.Kita boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya, tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kita memohon maaf dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada...Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal..LUKA BOLEH SEMBUH TAPI PARUT TAKKAN HILANG...Sahabat adalah permata yang sukar dicari..Mereka membuatkan kamu ketawa dan menghalakan kita arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan parut di dinding hati anda".
MUNGKIN EMPUNYA DIRI ADA MELIHAT BLOG INI TANPA PENGETAHUAN SAYA..SAYA PERNAH TERFIKIR NAK CAKAP DEPAN2 "SAYA MINTA MAAF KALAU SAYA ADA SILAP SELAMA INI,SAYA TAK SUKA BERMUSUH.." TAPI BILA NAMPAK EMPUNYA DIRI DEPAN MATA TERUS HILANG NIAT,KELU LIDAH! MANUSIA CEPATNYA BERUBAH..EMM...

Friday, July 25, 2008

ADA APA DENGAN NAMA SIRI 2

Maka bersambunglah kisah si MUS..
"OOO..KEJER RTM YE?"
"EMM..WARTAWAN"
" CIK KE PUAN?"
"NI YANG AKU MENYAMPAH NI MENYENTUH UNSUR SENSITIVITI BETUL!!! (dalam hati la..)
"SAYA CIK LAGI LAH"
"KENAPA EK REPORTER NI SELALU JE TAK NAK KAWIN? KAWAN SAYA WARTAWAN KAT KL TU PUN TAK KAWIN LAGI"
"ENTAHLAH..ORANG TAKNAK PILIH ISTERI SIBUK MEMANJANG KOT"
"OKLAH, ENCIK MUS, SAYA NAK BALIK OFIS SAYA"
"EH..BAGI LAH NOMBOR TELEFON DULU, MANALAH TAU KALAU FREE BOLEH KUAR MINUM SAMA2"
"DALAM BORANG TU ADA TULIS"
"OOO..OK..NANTI SAYA SMS CIK ATI.."
"OK..WIFE U TAK MARAH KE?(soal selidik MOTIF!)
"DIA TAK MARAH, KALAU BERKAWAN JE, LEBIH2 BARU DIA MARAH"
"HAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH(terkejut dalam hati ni)"
"DAH AGAK DAH!"
"APA DIA CIK ATI"
"TAKDE APA-APA LAH, ERR...NOMBOR TELEFON DALAM BORANG TU SAYA NAK TAMATKAN MINGGU DEPAN"
"ERRR..EH! CIK ATI.. SAYA TAK DENGAR AWAK CAKAP APA TADI?"
"TAKPE LAH ABAIKAN SAJA"...
MOTIF CERITA: LELAKI YANG KACAK DAN MULUT MANIS TU HAK ORANG
PENGAJARAN CERITA : JANGAN DILAYAN LELAKI KETIKA MENGISI BORANG DI KAUNTER
KESIMPULAN: HIDUP AKU SENTIASA DIBAYANGI HAK ORANG SAMAADA BF, SUAMI MAHUPUN TUNANGAN ORANG HUHUHUHU!!!!!
SEKIAN SEADANYA...

Tuesday, July 22, 2008

ADA APA DENGAN NAMA???

Suatu hari di BANK..

"TULIS NAMA CIK SKANG DI SINI..OK..
"..OK.."
"ATI HASMILA BT AHMAD TAJULDDIN"
" PANJANGNYA NAMA"
"EMM.."
"TAK PERNAH JUMPA NAMA MCM NI"..
"..SO, SKANG DAH JUMPA KAN? "(poyo nya)
"PANDAI AYAH BAGI NAMA"
"HEK ELEH...BIASA2 JER.."
"SAYA MUS.."
"HAH!MUS..(MUSTAJAB KAH? SORI FIZA HIHIHI!!!)
"OO..MUS..MUS APA?..MUSTAFA? MUSZHAFAR ANGKASAWAN? TAKPUN MUSANG?.."
"HEHEHE..LUCULAH..BUKAN MUSANG, SOPAN SIKIT NAMA SAYA.."
"OKLAH..SOPAN DAN BERIMAN..SAYA TEKA MUSOLLA HIK!)
"TAKLA..SHAHLAN HAFIZI.."
"LA..TAK ADA KENA MENGENA DENGAN MUS LANGSUNG.."
...bersambung...

Wednesday, July 16, 2008

1000 CIUMAN!!!

Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indonesia .. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.
paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya ...

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah..
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu.
Lumayan buat belanja sebulan.Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.
Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.....gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

DEBAT MINYAK


BILA BUKU BERTEMU RUAS!



Komen inilah yang patut diberikan bila menonton debat terbuka antara Menteri Penerangan Dato'Ahmad Shabery Cheek dgn penasihat PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim..Tahniah untuk Dato'Shabery yang BIJAK mengawal pemidato yang petah macam DSAI..malah hujah - hujah yang diberikan juga padat dan tepat serta lengkap dengan fakta..aku percaya penonton boleh faham termasuk aku bila banyak info berkaitan minyak dan harga yg naik didebatkan..aku baru tahu rupanya DSAI pernah menentang penubuhan PETRONAS masa dia jadi pemimpin persatuan di Universiti dulu! Bahkan bila jadi TPM dulu, banyak perkara yg dibuatnya sampai inflasi terlampau..emm..kena nilai dan fikir apa tindakan kerajaan untuk rakyat adalah untuk kepentingan bersama..kembali soal format debat dan suasana debat..baguslah, semua ikut peraturan dan berlangsung dengan baik..format terbuka mcm ni menarik dan tidak menjemukan..tahniah juga untuk pengerusi debat Dato'Johan Jaafar yang pandai mengatur tugasnya..cuma sedikit pandangan peribadi,wakil Dato'Shabery, Tan Sri Nordin Kardi kurang membantu perdebatan bila soalan yg sepatutnya diberi bertukar ulasan yg berbelit sikitlah..kurang faham apa yg dimaksudkannya,mungkin aku yg silap entahlah..apa - apa pun penganjur AgendaDaily telah buat satu program bijak..last but not least DATO'AHMAD SHABERY memang CAYALAH! MOI memang perlukan menteri macam ini...huhuhu.

Tuesday, July 15, 2008

RTM PAHANG DAH ADA BANGUNAN BARU!!!



14 JULAI 2008 TARIKH INI DENGAN RASMINYA KOMPLEKS RTM PAHANG MENJADI KOMPLEKS PENYIARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH (KOMPSAS)...SULTAN PAHANG SENDIRI MERASMIKANNYA..DULU AYAHANDA BAGINDA RASMI BANGUNAN LAMA..ATAS NI BANGUNAN LAMA..


INI LAH BANGUNAN BARUNYA..ADA AUDITORIUM YANG TELAH DINAMAKAN AUDITORIUM DARUL MAKMUR (ADAM) CANGGIH DAN CANTIK..





INILAH BILIK DI OFIS BARU KU...NAMPAK SPONGEBOBS KESAYANGANKU TAK? HEHEHE...

Tuesday, July 8, 2008

Jom kawin ramai - ramai!




Hari ini aku pergi cover majlis perkahwinan beramai - ramai saudara baru muslim suku jahut di Kg Lubuk Wong Kuala Krau..menarik jugak..yg jadi ketuanya Tuan Kadhi Daerah Temerloh Ustaz Badli Shah Alaudin yg glamer tu..VIP plak Orang Kaya Indera Pahlawan Dato'Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan YDP MUIP..majlis ni lengkap dgn kompang, selawat dan makan beradap macam majlis kawin org Melayu gak..yg memasaknya JKKK Kg Paya Luas ( kg org Melayu )..Aku kagum dgn cinta di klgn msykt org asli ni, mereka mmg setia dgn pasangan masing - masing..klu itu isterinya. itulah sorang sampai mati..sbb tu di klgn msykt ni jarang sgt ada kes cerai dan curang, emm...bagusnya!

Monday, July 7, 2008

THE BACHELORETTE


JERRY, JEN, JOHN

Aku mencoret entry ni lepas habis tengok citer realiti TV The Bachelorette kisah sorang pompuan namanya Jen (dulu pernah masuk The Bachelor, tapi hubungannya dgn lelaki yg dipilih kandas) pastu masuk plak The Bachelorette ni..kali ni dia kena pilih sorang daripada 25 lelaki..tapi arini dah episod 2nd last..dia dah tolak lamaran si John Paul yg perfect di mata family Jen n member2nya..tp last episod next week dia akan terima atau tidak lamaran Jerry yg selalu berbeza pendapat dgnnya dan terlalu berhati - hati dgn perasaan..aku dah tau jawapannya hahaha!!! bg yg tak tahu pilihan Jen, tunggulah entry aku nanti..gitulah berakhirnya pencarian si Jen..tapi kalau aku, aku pilih Jerry beb! dah la kacak, romantik dan berseni sgt dlm meluahkan kata cinta dan melayan pompuan..bestnya..mmg sesuailah dgn kerjanya sebagai pengarah galeri seni lukisan kat LA,USA..aku suka dgn dialog - dialog si Jerry ni..CAIR!!

OH JERRY!!!

"...saya tahu sukar untuk saya memenangi cinta awak tapi saya sedar kalau terlalu mudah untuk saya meraih cinta ini, mungkin saya tidak menghargainya pada masa akan datang..."

"...KECEWA ADALAH CABANG KEKEJAMAN CINTA..."
( aku memang sokong statement ni )

Saturday, July 5, 2008

CERITA POLITIK KEDAI KOPI

gambar dipetik dari Malaysiakini

Kali ini entry politikus plak..seperti yang diketahui banyak isu hangat minggu ini termasuk kes MAIN BELAKANG DSAI dan isu kononnya TPM terbabit kes Altantuya Shaaribu( betul ke ejaan ni?) ..susahnya bagi golongan murba seperti aku nak percaya yg mana benar yang mana salah..tapi tetiba tercetus perasaan yang TPM ni dah kena TIKAM DARI BELAKANG oleh orang 2 yang dikenalinya..mungkin sengaja melaga - lagakan DSAI dengan TPM..entahlah susah gak nak cakap..tapi selama menjadi journalist RTM ni secara peribadi, aku melihat TPM ni ikhlas dalam perbuatannya, tidak mudah melatah dan sentiasa berfikir sebelum berkata - kata termasuk dalam menjawab soalan press masa sidang media..hari ini pun aku cover Majlis beliau bersama Ahli UMNO Bahagian Pekan kat Kompleks UMNO Pekan yang serba baru dan canggih..berikut antara petikan ucapannya yang menarik tapi penuh makna..

"...saya tak gentar, saya tak takut dengan fitnah dan dugaan yang dilempar kepada saya..saya yakin kebenaran akan muncul sedikit masa lagi..Yang Hak akan mengatasi Yang Batil, saya yakin..."

"..biarlah ALLAH yg tentukan dan tunjukkan kebenarannya..biar ALLAH yang membalasnya di akhirat..silap - silap di dunia ini lagi ALLAH akan beri balasan kepada mereka yg memfitnah saya.."

"...ramai yang sibuk mahu mendapatkan jawatan dalam parti dan kerajaan termasuk yang terliur dengan jawatan saya Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat setelah mendapat jawatan yg diamanahkan sehingga tanggungjawab kepada rakyat terabai.."

Bersabar jelah Dato' Sri..kuasa ALLAH maha hebat daripada segala galanya..tunggu dan lihat jelah..


Friday, July 4, 2008

THIS IS MY BBF GURLZ

Gambar poyo2 ni masa lepaking di Pantai Teluk Cempedak..waktu malam..kalau tengok semuanya muka minyak2 dan muka kenyang sebab lepas makan kat Secret di IM..Yanie n Nura mesti tensen aku masukkan wajah-wajah kenyang n serabai korang kat blog aku ni..aku sajer je letak backdrop lain yg di edit guna photoshop bagi cantik pemandangannya..kalau tak gelap jer..lupa plak kat Zaf, tq jadi Cameraman untuk 3 gadis pingitan ni huhuhu!!!!Nanti kita pegi lagi ek.
Lupa plak..mesti ada yg tanya apa BBF tu..hehehe..sape tengok kartun Spongebob episod my Spongebob menyibuk nak tau rahsia kotak kepunyaan Patrick..mesti tau apa maksud BBF tu..Patrick Star tu walaupun bengong tapi ada masanya kreatif plak wat istilah baru hehehe!!!

Wednesday, July 2, 2008

PULAU TIOMAN BEST WOO!!!




2 hari satu malam kenangan di Pulau Tioman memang best..kita patut bangga dengan Pulau Tioman warisan kita..lebih cantik dan bersih dari Bali dari segi keindahan pantai dan hidupan akuatik serta terumbu karangnya..tapi nak hiburan ala - ala barat al munkar al jahanam memang Bali tak leh ler tanding..Kalau gi Tioman skang, area Kg Tekek dan Taman Laut sedang ditambak dan dibina benteng bagi menghalang hakisan pantai..bila dah tambak maka bertambah luas lah pantainya untuk pelbagai aktiviti..snorkeling, diving memang best paling best SKODENGYING hehehe!!! sunset n sunrise dari jeti Tioman memang cantik dan menimbulkan suasana romantik untuk pasangan bercinta..kalau dah ada pasanganlah..huhuhu...