Thursday, June 26, 2008

TIDAKKK!!!!!

0630am; bangun pagi dan termenung atas tilam..fikir dan berfikir..

TIDAKKKK!!!!!! bagaimanalah kalau apa yang aku mimpikan jadi kenyataan...takutnya...Tido tadi aku mimpi berkahwin dengan lelaki yang aku baru kenali..macam tak percaya..takkanlah dengan dia..memang kecoh yang amat sangatlah kalau jadi kenyataan..kemungkinan jodoh tu ada, tapi setakat ni takder langsung, tobat cakap memang takder dalam fikiran langsung berjodoh dengan dia..takpelah..aku ikuti perkembangannya lepas ini..aku rasa sebelum tido tadi bayangkan orang lain tapi ngape plak dia ni tersengih - sengih muncul dalam mimpi aku..DUZZZ!!

0700am; fikir dan termenung lagi..errrr..tak mungkinlah..mimpi mainan tido kot, harap2 la!

0730am; ALAMAK!!! dah 7 setengah, aku dah lewat nak pegi kejer! mandi tak lagi! cepat2 lah
pegi mandi...alamak ..alamak..

Thursday, June 19, 2008

Siri 2 diari hatiku..

Diari hati 19 Jun 2008..

Semalam tak tenteram, hari ini ok sikit...banyak perkara yang berlaku dlm hidup ni membuatkan aku terfikir semula apa yg berlaku selama ini..muhasabah diri jap..biasalah bila dah banyak situasi yang kita tak nak berlaku mulalah nak nilai balik..kekecewaan datang berganda daripada soal kerjaya, kawan2 sehinggalah soal cinta..semuanya SAMA, betullah kata my mum ahad lepas bahawa setiap apa yang kita ada kat dunia ni bukan hak milik MUTLAK kita..kerjaya, kawan2 dan cintaku ...TQ Mak kerana mengajar sesuatu tentang kehidupan..emm...hari ni plak yang menambahkan tensen bila kesihatan kurang memuaskan..dah nak jimat pegi klinik kerajaan tapi punyalah ramai makhluk batallah hasrat pegilah klinik swasta..lebih baik bazir duit dari bazir masa maklumlah masa itu emas heh! sambung esok plak....opss! malam ni ada job cover Tilawah Al-Quran.

Wednesday, June 4, 2008

antara CINTA dan TEMAN...





Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Tapi…Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan…
KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
Hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya CINTA, TEMAN masih paling setia..Walau kita punya harta banyak, TEMAN masih yang paling berharga..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TEMAN - TEMAN YG HADIR MEWARNAI HIDUPKU SELAMA INI…i love u all!!