Friday, January 21, 2011

Melawan Kesepian..

Susahnya memujuk hati dan melawan kesepian ..rasa sayang memang susah ditafsirkan, terlalu bernilai untuk diletakkan harganya..kita rindu pada perkara yang bukan milik kita sedangkan kita tahu ianya sia - sia...aku berusaha lari bayangan kasihnya, tapi aku seperti nampak dia tersenyum kepada ku, menyapa dan menyentuh ku..dunia ini kejam, menghukum sebelum memperoleh pengalaman..kalaulah derita ini hadiah dari hatinya, aku rela terima..

Monday, January 17, 2011

Oh wartawan..

Sekali diberi tanggungjawab sebagai wartawan..selamanya aku akan rasa aku ialah wartawan..tapi pengalaman yang ada sebelum ini menjadikan aku ingin mencuba sesuatu yg lain..bukan wartawan itu tak best, memang sgt best cuma dalam kerjaya aku memerlukan kelainan dalam menghadapi cabaran mencari sesuap nasi..Ya Allah bantu lah hambamu dalam menghadapi kesukaran ini..Amin...

Tuesday, January 4, 2011

ALAHAI RINDU...

Aku x tahu kenapa lately aku rindukan seseorang..aku takut kehilangannya apatah lg jauh darinya..semakin jauh aku pergi maka semakin menebal rasa rindu pada dia..alahai rindu..kenapa kau datang setiap masa dan ketika..saat aku perlu menjauhkan diri dari nya..saat hatinya bukan milikku, saat dia x mungkin aku miliki sampai bila2..aku dah mula rasa kini aku berjalan x cecah ke bumi, berselindung balik bayang2 sendiri demi menghapuskan rasa cinta padanya..terasa begitu hina saat meletakkan diri sebagai pengemis cinta, aku benci dan x mahu jd begini tp naluri sayang ini datang tiba2 wlu aku lelah menepisnya..



Tolonglah aku Tuhan..aku sentiasa gagal mencari erti sebuah cinta..apatah lagi menagih cinta tidak wujud antara dia dan diriku..aku benci rasa rindu dan sayang yg ada dlm hati aku..lebih berat lg aku benci dgn diri sendiri kerana sentiasa membuka pintu hati meletakkan wajah dan senyumnya mengisi kekosongan yang ada padaku..kalau derita merinduimu ini akhirnya bahagia, aku pilih derita..yakinlah sayang!

Sunday, January 2, 2011

BILA AKU SUDAH TIADA...( siri 1)

BILA AKU SUDAH TIADA ....Masa aku ditukarkan dari KL ke Kuantan..mmg xnak sgt2..sbb ada kwn2 ramai yg ditinggalkan, rasa mcm xnak pegi , so aku buat rayuan..dptlah sebulan..tapi akhirnya kena pegi jugak ke Kuantan..maka aku melaporlah diri pada 3 Januari 2007 sebagai Ketua Unit Berita Ehwal Semasa BES RTM Phg..bermulalah hidup aku sbg Reporter huhu..masuk hari kedua aku dikejutkan dgn berita Adun Batu Talam meninggal...secara automatiknya aku dah tau yg aku bakal berhadapan tugas amat berat, handle berita Pilihanraya Kecil Batu Talam utk RTM!..tp adalah hikmahnya..dari situ aku tiada masa utk bersedih sbb sibuk.semuanya menjadikan aku sgt kuat menghadapi cabaran, cemuhan dan melawan kelemahan diri..akhirnya aku sgt mencintai tugasan aku..bygkan aku pergi keje setiap hari sehinggakan diberi amaran melanggar Akta Buruh, keje deret lebih 23 hari dlm sebulan tanpa cuti huhuhu..padahal aku x perasan pun yg aku dah dtg keje setiap hari!....



Mcm2 kenangan berlaku di Pahang..suka duka pahit manis menjadikan aku semakin matang menghadapi kehidupan ini..Alhamdulillah segala target aku 4 tahun di Kuantan ini berjaya dicapai..aku berjaya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 oleh kementerian dan berjaya lulus semua xm n ntvw sblm umur 30thn huhuhuhu....7 Januari 2011, sejarah berulang lagi..selepas berjaya dapat naik pangkat ke gred41, maka kisah hidupku yg baru akan bermula..tarikh itu, aku akan meninggalkan Kuantan slps 4 tahun menerajui unit BES serta berpoya2 dgn kwn2 yg disayangi..persoalannya ialah aku sgt bingung utk menghadapi tugasan baru kelak n suspen ntah kat manalah aku dicampak..oh kehidupan..inilah nasibku..aku bersyukur kerana aku sedar walaupun aku tidak dpt apa yang mahukan tp Allah swt sentiasa menyediakan apa yg aku perlukan...