Friday, June 19, 2009

Kesiannya..masih wujud lagi insan sebegini???


Ini kawasan ruang tamu..x tau nape aku suka sgt gmbr ni..bukan nak menghina sesiapa..tapi aku rasa kagum camne la famili ni leh berada di ruang tamu ini..lagi satu aku suka tengok pic ni sbb mcm2 leh jumpa, buat kuiz cari barang tersembunyi mcm dalam surat kabo tu pun boleh hehehe..contohnya : sila cari Rangka beskal, Kotak rokok gergasi, mug kaler kuning dll..korang leh jumpa x brg2 ni dlm pic berkenaan?? heheh..


Ini plak bhgn dapur..oit!! aku dah malas nak buat kuiz cari brg lagi..x baik korang ni, sajer nak + dosa aku!


Kesian sgt makcik ni..ini lah kabinet dapur dia!! beg beroda yg dikutipnya di kwsn pembuangan sampah sbg alas dpr gas memasak..masa aku dtg buat coverage..aku heran jugak dapur gas ada, tong gas aku x nmpk la pulak..rupanya makcik tu kata dah lama dia x msk guna dpr gas itu..xder duit beli gas..isk..isk..kesian tul.


Korang nmpk x kotak2 yg bersepah2 tu..itulah sumber pendapatan makcik ni..jual kotak2 yang dikutip..katanya dapatlah dalam 3 hengget sehari..sikit siot..kalau aku x cukup utk sarapan pun..tp makcik ni leh sara famili dia dgn 3 hengget sehari..apa yg diorang mkn?? yer..makcik ni dptlah sikit2 ehsan mknn dr jiran ataupun dia pegi kutip kat pasar besar Kuantan.. sayur dan ikan buruk yang dibuang peniaga utk makcik ni sekeluarga alas perut mereka..



Ya..inilah insan yg prihatin..aku tulis entry ni bukan nak hina atau slh kan mana2 pihak..b4 tu..FYI makcik tua tu x silap aku namanya Esah..bukan Bomoh Esah si bomoh susuk!! yg pakai selendang putih tu anaknya yang sakit mental..lelaki baju hitam itu anak sedare makcik Esah..dia bisu begitu juga yg pakai baju merah tu pun bisu..makcik esah jaga budak laki tu sejak kecik..si baju merah tu isteri laki baju hitam tu..2 lelaki yg pakai baju melayu bersamping bagai tu..dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP )..Baju kaler kelabu tu YAB Dato Seri Wan Abd Wahid..beliau hadir serta merta ke tempat makcik Esah setelah mengetahui keadaan keluarga miskin ini..setelah diselidik..rupanya keluarga itu berhijrah dari Terengganu ke Pahang..rumah tu rumah sewa mereka yg sbnrnya rumah tinggal..MUIP telah membantu keluarga ini dgn menghadiahkan rumah serta elaun tetap perbelanjaan bulanan..semuanya hasil kutipan zakat Pahang..menurut Dato' Seri Wan Wahid..pihak MUIP mahupun kerajaan bukan tidak membantu rakyat yg susah tetapi tidak mendapat makluman..beliau secara tegas meminta menghubungi pihak yang sepatutnya termasuk MUIP sekiranya mengetahui jiran - jiran hidup susah..beliau mengingatkan kalau jiran membiarkan jiran mereka susah, sengsara dan hidup melarat tanpa tindakan..tanggunglah dosa..jom jadi insan prihatin!!

No comments: