Thursday, September 18, 2008

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna..


PANDANGAN DI HADAPAN RUMAH DAN DI DALAMNYA...

Hari ini dah 18 hari dah puasa, agak terlambat jugaklah nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ku yang disayangi..semoga Ramadhan kali ini memberikan banyak makna dan rahmat kepada kita semua..sepanjang Ramadhan ni, aktiviti di siang hari kurang sikitlah tapi malam hari banyak lah pulak..sepanjang puasa ni tak sampai 5 kali pun aku buka puasa kat rumah..asyik memenuhi undangan buka puasa dan majlis VIP termasuk Pak Lah..tapi yg paling banyak join Dato'Sri Najib buka puasa di kawasan parlimennya..puas dah keliling masjid2 kat pekan ni..aku solat jemaah di merata masjid..tu lah Dato' Sri Najib ni rajin sgt jenguk kawasannya & bagi sumbangan, tp yg letihnya klu job dia aku kena berkejar balik opis nak htr stori! tapi takper, at least aku berjimat lah asyik makan free jer hehehe...tp yg sedihnya aku tak berpeluang lagi balik berpuasa di kg halaman ku di Temerloh..bestnya klu sahur dan buka puasa dgn family..I MISS MY LOVELY HOME!!!!!

No comments: