Wednesday, August 13, 2008

Rakan - rakan pembaca blog ku sekalian...

Dimaklumkan, saya bercuti buat sementara waktu kerana sibuk dengan majlis perkahwinan ADIK saya..saya akan mengupdate blog pada 19hb Ogos..nantikan kemunculan update yg lebih gempak!

Sunday, August 3, 2008

LUBUK YU YG UNIK...



Inilah Lubuk Yu letaknya di Kuala Sentul,Maran Pahang..Lubuk Yu ni dapat nama camtu sebab lubuk di kawasan ni berbentuk Nyiru..katanya nak sebut Lubuk Nyiru susah,lama2 jadi lah Lubuk Yu..aku nak citer kuasa ALLAH Maha Kuasa, menurut member aku yg mmg org situ lubuk ni dah berubah..ingat tak tahun lepas Pahang dilanda banjir yang teruk sangat sejak 30 tahun lalu..Lubuk Yu berubah bentuknya sebab banjir tu..Dulu, batu - batu kat lubuk ni tempat couple2 buat maksiat,raba2,gosok2,picit2,tarik2 huhuhu!!!! sbb batu - batu tepi air tu besar dan banyak sangat,so couple2 boleh lepak2 bawah batu tanpa dilihat org..masa banjir, air banjir bwk tanah dan lumpur jadi mendaplah batu2 tempat lepak menjadikan kawasan reakreasi Lubuk Yu kini bebaslah maksiatnya sbb nak raba2 dan sebagainya orang lain boleh nampak coz kawasannya terbuka..batu2 bekas kawasan maksiat tu boleh korang tengok kat belakang aku dalam PIC yang besar tu..tapi air sungai kat sini best dan sejuk,mandi - manda syok..apatah lagi berkelah..ada masa, datanglah ke LUBUK YU..tapi jgn buat maksiat tau, aku skodeng nanti!

Saturday, August 2, 2008

PANDANGLAH KAKI ANDA..



1 OGOS JUMAAT yg mulia..

Bangun lambat pulak, baru siap mandi Bent sms dia dah ada depan rumah...aku bersiap dengan cepatnya, ok dah semua, baju dan tudung tak terbalik..lain2 touch up dlm keta..ok complete, kuar rumah, kunci pintu rumah & kunci pagar..masuk keta borak2 cam biasa, si Bent ni tak habis2 bukak citer kes semalam yg tak boleh nak di xplen kat sini, asyik2 gelak jer kitaorg, sampai traffic light aku bg idea kat Bent soh singgah gerai Telekom yang mmg best giler terutama nasi minyak ayam merah nyer..pastu dah sampai situ aku pun kuarlah keta..JENG!JENG!JENG!!

ALAMAK!!!!!aku pakai kasut di kaki kanan dan SELIPAR kat kaki kiri, macam mana aku boleh tersilap, terpaksalah si Bent menghantar aku balik ke rumah semula untuk ambik semula sebelah kasut aku sambil mentertawakan aku,kureng betul! Kitaorg tergelak2 sampai kat ofis..

MORAL CERITA: Pandanglah kaki anda sebelum masuk beredar dari rumah untuk kemana - mana ;-D